Tuesday 22 April 2014

catatan. Step by Step. A few steps to go. Almost to end line.

Pheww...
sudah hampir genap 7 bulan... lamanya masa berlalu.


Where I am now?

Di satu tempat. Dalam sebuah Negara bahagian Barat. Sebuah Negara Eropah. 4 Season country (but not for this year). Terkenal dengan teknologi dunia. Germany.


Sampai sekarang masih x ada idea mcm mana boleh smpai sini. Walaubagaimanapun, terima kasih Ma Abah Famili, UKM, lecturer, cikgu2 sekolah, cikgu2 matrik, kawan2 beri peluang untuk sampai di Negara asing ni.
my only beloved family <3 <3 <3

October:

Semestinya semuanya asing. Walaupun pernah sekali menjejakkan kaki ke sini april tahun lalu. rasa kekok janggal mesti ada.

 Kisah salah naik train, tram x yah cite. Nak nangis, nk meraung? pandai2 cari jalan balik laa.. haha
 Let me tell a bit about transportation at Germany.
--> Sangat on time (sometimes)
--> ada beberapa jenis [ Tram     --bndar2 kecik
                                       RE/RB  -- Connection antara bandar
                                       SBahn   -- antara bndar (cuma slow skit sbb bnti sume stesen)
                                       ICE/IC  -- fastest train (Bullet train) boleh achieve 300km/h
                                       Bus       -- kat malaysia pun ada. uniknya bas sini bercntum antara 2 bas. ]
--> hujung minggu penuh dgn penyokong bola + pemabuk (disarankan jangan berjalan sangat)
-->student uni akan ada semester tiket jd boleh naik train (kecuali ICE/IC geng2 bullet train ni) for free. Jd berjalan la puas2 ke seluruh NRW(Nord Rhein Westphalia).
ICE train


Pasal makanan pulak?

Mana nk dapat makanan halal? ada je kedai lauk, kedai orang turki. 30% orang sini golongan islam. Akan ada beberapa kedai jual makanan halal. Paling femes skrang Baskent. hehe

Masjid?
 ada... Masjid terbesar sekarang ada di Obermarxloh, Duisburg. satu2nya masjid setakat yang pernah jumpa yang ada Kubah.   Undang2 di sini. Azan x boleh dilaungan smpai kedengaran keluar masjid. Cuma dalam masjid. Inilah nasib kerana negara ini bukan negara Islam(Berharap one day will be) ...  Ada beberapa masjid lain. Tapi kecil sahaja. mampu untuk solat sudah mencukupi.
Biggest mosque



Pengalaman tentang solat?
Seronoknya, dapat rasa sendiri solat di mana2 sahaja. Islam x wajibkan kita solat di masjid, surau. cukup tempat yang bersih untuk solat. X ada alasan untuk x solat kan. Sejak 7 bulan di sini, pernah solat di stesen bas, stesen kereta api, bawah pokok, taman2, tepi sungai, atas jambatan, tepi koridor. Asalkan tempat tu suci dimana2 boleh solat kan. Yang bestnya bila solat dekat Nature rasa seolah2 Allah dekat dengan kita. Subhanallah.. Pengalaman indah di situ.

November :

Mula masuk kelas. Dengan 5 payyper exam. Mechatronic, Project management, CAD, BWL(bukan ikan bawal), process engineering + extra(deutsch class B1/1). Semua agak killer. Orang cakap kat sini kalau fail tu normal. kalau x fail tu x normal. hmmmmm..
alles auf deutsch


Kekangan terbesar kuliah, 3 subjek alles auf deutsch(bahasa german daa)... masuk kelas x perlu cakap apa2 mmg ternganga.  Tulisan lecturer kat sini cantik2. Berangkai2 dan sangat '"senang'"difahami (pening kepala nak translate). Nak menangis? x payah cakap. bukan lecturer nak dengar kita nk kelas in english. Lecturer di sini ada kuasa penuh atas semua perkara. Jd apa2 pun bersabar.

Lecturer UKM akan ambil kedatangan kalau x datang kelas. Lecturer sini x akan ambil kisah walaupun dia akan mengajar 3 orang pelajar sahaja dlm kelas.  Semuanya Indepent. "IF U WANT IT, WORK FOR IT!!".

December:

mula dari 1 December hingga la akhir bulan disember. Semua orang tahu bulan 12 krismas and WAITING for SNOW!!! :D Unfortunately,..... tunggu punya tunggu salji x turun2. Malangnya kami tahun ni x dapat merasa snow di Duisburg. T_T.
Do You Want to Build a Snowman...(Only a ringtone)....

 Tp apakan daya. Masih dapat merasa autumn yang cantik... :)
 

On my Birthday?
 Berpeluang berjumpa family baru. Bermalam di rumah Orudj smpena krismas. Mana x nya, Duisburg bandar mati sempena Krismas. Yang pasti.. Dapat kek Birthday!! hehe.  Comel sangat..


Sunday?
Ahad merupakan hari 'mati' bagi penduduk eropah. Kedai, Shopping mall semua tutup. nk beli lauk pauk pun buat awal2. nnti makan maggi hari ahad. Oho. Jadi kesimpulannya Ahad dok umah diam2 x pun jalan2 gi taman. *Beware of  Dog! (pernah dapat pengalaman kena kejar anjing.. seram sejuk.. Traumaa! Jadi hati2 dengan anjing)..
:D

Krismas?
Perayaan orang sini (beragama kristian).. Ala kalau kecik2 suka tengok kartus santa klaus. yang tu le. Kepercayaan mereka akan dapat hadiah malam chrismast eve tu. Yang bestnya time krismas ni, akan ada Weihnachtsmarkt (dalam erti kata lain Pasar Malam Krismas). Setiap bandar akan ada pasar sndiri. Apa lagi? ambil can jalan2 la. tiket free ke seleuruh NRW kan.
++ antara weihnachtsmarkt yang berjaya dijejaki :
Dortmund(ada pokok krismas terbesar), Duisburg(x ada apa sbrnnya tp sbb dekat), Essen(Market yang sangat besar n ferries wheel besar jugk), Dusseldorf(jalan2 ngn local friend Elif and orudj), Koln(smpai2 belum bukak habis lg), Muelheim(scary marry.. satu2nya pasar x pakai lampu. pelita je ..antik la katakan) and Aachen(terkenal dengan printen(garlic bread besar) and dapat satu mug gluehwein)
* I x minum wein, minum hot chocolate je.
*Gluhwein ni femes kalau perayaan krismas je. sbb tu special.  



Januari:

musim kritikal untuk exam. Sebulan lagi wooo... Orang akan tanya, X keluar jalan2 ke? Gi negara lain. Paris, netherland, Switzeland.? belum masanya lg.. 
Setiap malam akan ke Ruhrortstrasse demi menuntut ilmu dengan kwan2.. susah juga berbasikal malam2 bawah suhu 5 degree c. tp nk wat camna nk exam kan. 

Februari:
 Exam time!!! @_@
Study2 and jawab exam.. Apa yang susahnya exam kat sini? sebenrnya x susah. mungkin kita x bersedia. Mungkin cara pemarkahan mempengaruhi. Marking system sangat strict. One mistake, 1 mark deducted. Oho. Jadi, kalau betul 5 salah 5.. 0 kah?? Iya!! Genau! haha. kesian kan. tp tu la cara marking sini. *that what happen to me. Silly mistakes is a killer here. huhu. 
exam hall


March:
Exam done! tp huhu. projek pulak. Title projek: Color ratio pyrometry on flame temp detector. Hok aloh.. belajar matlab pulok.. First time jumpa Matlab. Tp nk wat guane.. Kalah thesis projek ni. tp pengalaman berlajar benda baru, jumpa prof yang amat baik. Ramai yang membantu meringankan beban. Tugasan: Cari suhu api menggunakan kaedah image processing. Hebat kan. Tataw pun image boleh prdict suhu api. Api tu ciptaan Allah. Jadi kita belajar ilmu Allah. Subhanallah.
matlab demi projek


Dapat pula brita sdih. among all 5 papers, I got 1 failed. Oho. Not well prepared maybe. x pa. cuba lg next sem. Mesti dpt.. Nak balik wooo... And ada satu paper kena lalui klausureinsicht. Klausureinsicht ni sama mcm recheck paper. Cuma free je... Kalau agak2 markah x cukup, ni la masanya p merayu n cari mana2 point utk naik markah... kalau x jmpa jugak, duduk la kat kelas tu smpai mitarbeiter dh bosan.. kalau dalam 1 markah tu, insyaAllah mereka boleh cnsider... Semuanya datang dari rezeki Allah and usaha kita... Kalau bersungguh2 insyaAllah lulus. 

Apa2 pun now is SPRING aka Musim Bunga!!!!
Oho. Ni yang best. Jalan2 bawak kamera selalu la. Bunga2 mula berputik. Indahnya ciptaan Allah. One of best flower. Cherry Blossom ala2 sakura gitu. Bunga kaler pink. Banyak. kalau ditiup angin.. wahh berangan mcm dalam drama korea gitu. Hero je xdok. Oho.haha. Terkenal di satu laluan di Bonn (Biggest street for cherry blossom) Heerstrasse, Bonn. sepatutnya bunga tu sangat lawa, tapi kami pegi dh mula gugur. melepas.. 

cherry blossom


lagi satu kerja masa lapang, cari ladang Raps. Merayau kat ladang orang.. raps ni sejenis bunga yang boleh menghasilkan minyak masak. Ala2 minyak sawit. Tp dari bunga. hebat kan. Subhanallah. Tp kualiti minyak ni belum boleh tandingi minyak sawit. Cuma boleh digunakan skali untuk masak. Lpas tu x brapa elok. Tp subhanallah cantik ladangnya ala2 cite hindustan. Boleh golek2. Indah mata memandang.
rapsfeld

April: 

Sekarang masanya untuk Berjalan!!! Got green light from Ma Abah. Keluar Jerman skali skala.. Bukan senang nk dpt lmpu hijau. 
Cara senang nk melancong n JIMAT??
*x perlu buat tentatif perjalanan * x perlu beli tiket *x perlu pening2.
(join ja studifahrten) Studifahrten ni kelab pelajar yang akan buat trip ke sekitar eropah (kebiasaannya one day trip) tp reasonable and jimat sangat.. 
Setakat ni dah pegi mana? hehehe... 

a) Zurich (Switzerland)

    Kalau sebut Zurich org akan cakap zurich ibu negara Swiss (Sebenrnya Bukan). Ibu negara swiss  
   ialah Bern (Baru tahu gak sebenrnya).  

   Apa yang best kat Zurich??
   --> Pusing2 bandar comel zurich tu. Bndarnya pesat. bangunan rapat2. Padat di sepanjang sungai. 
         (kalau dok tengah2 sungai tu boleh tengok bndar kiri kanan). 

full city zurich

   --> Boleh naik cruise sepnjang sungai (Tiket train skali ngn cruise la). Perjalanan naik bot selama 1 
         jam. Dan..... dari bot boleh nmpak Alps yang Femes tu dengan jelas(bergantung cuaca). 
          Subhanallah. X dpt pg Alps tu tengok dari jauh pon ok dah.. hehe
   --> Masuk ETH Zurich. Uni terbesar kot n Albert Einstein pnh jd lect kat situ. Bangunan dia mmg 

         antik tp pehh lawa. 
   --> Semua water fountain yang ada boleh diminum dan kesegaran airnya Subhanallah.
water fountain

   --> Waterfall? wow. sejak bila kan. Air terjun terbesar di Europe (Rheinfall). Di europe la.. Jangan 
         compare dengan malaysia pula. mstila x setinggi Gunung Stong. hoho
air terjun terbesar

   --> Last skali pertemuan x dirancang dengan seorang kawan baru, Local people. Terjumpa semasa  
         sesat mncari masjid. Alhamdulillah dapat pertolongan dari beliau dan sekali gus dapat kawan 
         baru. Very nice to meet u friend! hehe  
alps from far

b) Next destination? hehe. Paris!!!! Bak kata orang City of Love gitu. hehe
    Apa yang best kat Paris ni? Of cos la Eifel Tower kan.. Pi mana pon msti org taw Eiffel Tower. 
    Pastu apa lg? Orang taw paris je sinonim ngn potret Mona Lisa. Ehe. Smpat gak la intai potret tu.. 

    Kecik ja potret tp tataw pasai pa femes. Susah skit sbb x da mata seni ni. Jalan n jalan. Jumpa la 
    museum tengkorak... Scary. Boleh tahan rajin org dulu2 susun tengkorak lawa2. Ish2. x dek koje.
   Tp paling best nya Eiffel tower ngn park je kot. hehe. ntah la. Cuma kemana pun kita pergi solat jangan lupa. Di paris sangat susah nk dapatkan surau atau tmpat solat, even toilet awam juga d tengah2 bandar n somtimes kena que. ujian solat akan menentukan untuk kita buat atau x. fikir2kan lah dan solat lah dimana sahaja kita berada walaupun dibawah pokok beralaskan rumput. 
eiffel tower



Mona Lisa. Kecik sangat

Kami juga x lepaskan peluang la jalan2 sekitar paris tu... paris tu pernah jd tmpat ketamadunan islam pada zaman2 dahulu. 
c) my next destination? hehe Keukenhof!!!!! Setelah setahun hantar proposal akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke ladang tulips terbesar di Netherland. Trip ini dirancang bersama semua pelajr DD batch 2013/14 termasuk beberapa senior demi melawat ladang ini. Kos perjalanan agak jimat sebab kami stay kat hostel ja n naik public transport ja.. Percutian selama dua hari ini membawa kami2 ni ke Kinderdijk and kaeukenhof

Kinderjdijk? Ape benda tu? Tmpat paling cantik untuk tengok permndangan kincir angin yang terkenal kat netherland. 





Selesai berjalan, kembali la pula ke kelas... dh puas tengok bunga kan... 

Dugaan dalam kelas? Ya Allah, Hanya Allah je yg tahu. X paham apa. Lecturer ckp bahasa jerman, kita punya jerman level mmbaca lepas la.. level mendengar agak fail disitu. 
Ini la keadaan dalam kelas.. Luas kelanya tapiii..... kat jerman tak ada sistem keadatangan yangmewajibkan pelajar untuk hadir kelas... Lecturer x pernah ambil kisah student ada ke x ada dalam kelas. Tugas dia hanya mengajar.....hmmm

 Semuanya bergantung dgn diri sndiri sama ada nak hadir ke klas atau x. Tapi, Lu Pikir la sndiri bak kata Nabil Raja lawak. Walaupun kelas x ada kedatangan atau x ada lecturer yang nk marah-marah ke kelas plusssss x  paham apa2 dalam kelas, hormat guru tu penting dan mgkin akan jadi keajaiban ketika kita mnjawab peperiksaan nnti.
Kalau menganga dlm kelas tu normal... Alles auf Deutsch kottt... Kecuali beberapa subjek yg terkecuali ada la jgak english...

Benda kedua yang buat kita rasa kagum ialah..papan hitam mereka guna. X ada satu pun lecture hall pakai whiteboard. Semua pakai kapur je.. cam budak sekolah rendah jek kan...Tapi inilah UNIVERSITI di eropah. Mereka masih mggunakan black board dan kapur untuk mengajar. Tapi papan dorang bersihhhh n cantikk... Lecturer bersihkan pakai air n span je tp masyaAllah bersih n terjaga. 

   

Study2 juga, tapi jangan lupa enjoy... Selain keluar Jerman, bnyak juga tempat best dalam jerman n even dalam NRW. Skrang dah nk masuk summer. Apa lg tutup mata jaga iman la bila semua dh panas kan. hehe

Kami pun berjalan la ikut trip universiti ke Taman tema terbesar... Serius rasa masuk dunia kanak2 Semula. Nama tmpat tu MoviePark, Bottrop. Dekat2 kawasan Essen. Nk kesana naik train je n free.
bayaran masuk Moviepark ni sbnrnya agak mahal. boleh capai 50-6- Euro per person. Tapi kami pegi la ngn trip universiti, pegi ramai2 balik sndiri2. Enjoy la puas2 smpai tutup pkul 7 pm. Bayaran masuk cuma 19 euro...murah kann boleh main semua game yang ada sampai bosan cumaa kena beratur la...bese la weekend...






macam2 permainan ada... boleh main sampai muntah.. apa lg kami main dan main dan main laa spnjang hari.. balik bila pintu pagar nk tutup dah.. haha
Roller coaster ada pebafgai jenis, yg berpusing, terbalik, 360 degree, masuk air pilih je... tp kena tahan tinggi.. gayattt... 


Ok, masih musim summer.. apa lagi kami buat? hehe... berjalan n hiking tidak dilupa... Summer adalah masa terbaik untuk hiking, scenery yang hijau n kering memudahkan untuk naik bukit2 bukau tu. Bukit2 yang kami berjaya tawan adalah seperti berikut. haha


Empanngan Monschau, Belgium border

Monschau,

Am see, Duisburg

Dreilaender ecke, border meeting point of Germany, Netherland and Belgium

Innenhafen, Duisburg

Am rhein, Duisburg ajee 

Moschau

Moschau

Satu2nya sungai yang cantik sejernih dan sesejuk2nya, Monschau

Pakcik2 biasanya naik kuda je hiking, kita jalan ajee


Sportpark, Duisburg

Am see, Duisburg

Peak of Monschau


 Berbasikal juga merupakan aktiviti wajib waktu summer..,,, Memandangkan basikal boleh naik train, kami bawa la basikal2 kami naik train dan mencari2 tmpat cantik.. Subhanallah... Indah dunia ni



cycling sekitar wulfrath

Meh nk citer skit wulfrath ni kat mana.. Wulfrath ni satu pekan kecik dalam NRW juga.. nk ke sana kena naik train .. Pekan kecil comel n bnyak ladang2... Ladang gandum terutamanya sbb skrg summer dah. Org dh x tanam bunga raps. Kami bertiga bawa la basikal masing2 naik train n berbasikal sama2 mengelilingi pekan. Kami panjat pokok epal, kami jumpa pokok plum n bla2.. musim ni semua buah ada. Dekat pekan ni ada masjid yang cantik juga... sekecik2 pekan ada masjid kot. Cuma x ramai orang ja huhu

Berbasikal sekitar duisburg aje lepas balik dr rumah dak2 laki

Yang bestnya summer, boleh jmpa buah2 ni. msti kenal kan buah ni, Berry namanya.. Pokok buah ni tmbuh tepi2 jalan ja.. smbil2 jalan n berbasikal boleh la singgah petik pastu makan... boleh tahan masam kalau dpt yg blom masak. Tp sodap je

Berbasikal sekitar Muelheim

DD Excursion, cycling sekitar duisburg


 Selain aktiviti2 mengeluarkan peluh. kami pun ambil peluang buat aktiviti menambah selera makan buah la pulak... musim panas bakal berakhir. Jadi kami ambil peluang p petik buah2 sendiri. Ni haa kami pi petik buah strawberry.... Buah dia peehhhh besar... walaupun kat Malaysia pun boleh merasa petik buah ni d Cameron Highland. Fefeeling dia lain woo... Masuk free jaa.. kecuali kalau nk tapau buah wat balik... kena la cas skit 2-4 euro per schale...tp nikmatnya subhanallah..makan sampai muntah...

ladang strawberry, Bottrop essen


Masuk pula sem kedua..,mula sibuk mencari tajuk2 tesis la pula.. pening2.. akhirnya jumpa prof kesayangn minta pendapat.. akhirnya beliau suggest jumpa Dr Dreier, otai dalam bidang combustion bawah institut Verbrennung und Gasdinamik. Dia bg tajuk n bg SV yang super cool, Herr Markus Roeder, Sopan jek orangnya... n Yang paling best dorang bg office untuk lepak buat thesis.. Tingkat paling atas n strategik tempatnya... boleh tengok view luar yang cantik..

Sem kali ini, ada 3 paper je (WKA, Energietechnik) pluss paper yang fail sem lepas (Project management). Kali ni WKA is the killer. Mcm biasa la hadir ke kelas walau x paham apa2 n pluss thesis jugak yang mgganggu... tp nk wat acane kan... 

Sem ni dugaan dia berat skit sbb dh masuk bulan puasa. Summer kot... Siang panjang dari malam... 2.30 dah kna sahur dah... puasa la spnjang hari dan buka puasa pukul 10 malam.... panjang kann? Alhamdulillah tahun ni panas nya x tinggi sangat... Dugaan ke kelas x payah cakap, org jerman makan dalam klas tu normal. siap bukak bekal. bergantung diri sndiri mampu ke tak tahan puasa hehe.. tp best puasa lama2... ada nikmatnya bila sbnrnya x rasa penat pun hehe...

Time raya.. apa lg kami bukak takbir raya kuat2 kat rumah... pastu nangis la sorang2 bawah katil huhu
Pagi2 raya kami siapkan makanan untuk jmput kawan datang rumah... kali ni spesel skit kami buat open air raya. Kami piknik n buat potluck di Rheinpark.. semua dtg bawak makanan masing2...fuhhh nikmatt..

Open air raya 2014, all duisburger, Mulheimer and essener

Time ni la skill masak memasak bertambah2, bukak je google n try cnfirm jadi. demi nk makan... nk beli takut ada yang x halal kan...
Skill memasak ni juga boleh diteruskan untuk beri peluang kawan2 jerman rasa makanan melayu.. jadi boleh le jmput kwn2 dtg umah n rasa masakan malaysia.. kenangan indah tul n merapatkan lagi hubungan persahabatan.

Hampir masuk autumn dah.. Daun dh mula gugur. Trip seterusnya of course la keluar jerman lagi skali..

Kali ni ke Czech Republik!!!






Lepas czech republik...
Autumn in my heart... Musim ni adalah musim paling best buat hobi biasa kutip daun2 kering simpan buat kenangan... hehe



Skrang tibalah masanya untuk exam... so apa lg mmg study la kejenya... rempit malam2 ke ruhrortstrasse demi cari geng study untuk study group... Pastu thesis pulakk ok alohh
memandangkan mmg x smpat konvo tahun ni, jadi saya mgambil keputusan untuk konvo tahun strusnya bersama kawan2 DD (aka Bestfriend) yang lain... Jadi lega sikit la bab thesis sbb nk buat lepas habis exam... 

Selesai exam... pulun la thesis sepulun2nya... pegi opis 8 am balik 12 am... jenuh seharian dalam office siapkan thesis.. Hidup macam zombie.. tapi semuanya mmbuahkan hasil yang memuaskan... 

Walaupun hidup bagai zombi.. kena la juga release stress sekejap.  kami pun berjalan la ke luar jerman lg skali untuk renew passport. Ye la, dulu dtg buat utk dua tahun. Bulan 12 passport dh nk mati kena la g renew incase kena extend huhu. Kat London ada malaysia ambassador utk buat passport. sehari je siap... London ni mcm malaysia ke dua.. ramai sangat orang malaysia.. tapi apa yang x best... bila malaysia berjumpa dengan malaysia, bnda tu mcm biasa. x mcm kat jerman, malaysia jumpa malaysia rasa mcm nk buat kenduri.. betapa seronoknya bila dpt jmpa malaysia sbb d jerman komuniti malaysia kecil saja.
Sambil2 buat passport tu, apa lg kami berjalan la sekitar kota london..hehe
London bridge is falling down la katakan..haha



Jmbatan dalam citer harry potter haha

kat london kami naik Tube ja pusing2 bandar... 
Kat london ada hostel untuk malaysia... selesa dan boleh jumpa lagi ramai malaysian... 19 pound aje per room... kami bermalam d london semalaman dan breakfast nasi lemak pagi2..hehe
Kami pun ke Arsenal sadium juga hehe... peminat arsenal kan cuma x tegar... besar kot stadiumnya.. 
Tapi kami bersama selama sehari je. lepas tu kena balik jerman semula sbb ada klausureinsicht WKA.. Yeayyy result WKA dah kuar tpppp kurang 0,5 markah untuk lulus.. MasyaAllah hanya tuhan je tahu apa prasaan x lulus n x cukup 0.5 mrkah... Jadi tinggalkan percutian d london demi pulang ke jerman untuk dapatkan markah 0.5 itu demi pulang ke malaysia. babai korang.. jumpa d jerman nanti....sobs3

Alhamdulillah akhirnya berjaya lulus WKA dengan pnmbahan mrkah 0.5 tu huhu... boleh la fokus presentation thesis.. Thesis pun berjalan dengan baik. satu benda yang best buat lab kat sini mereka bg je kunci lab and kita boleh buat apa je dlm lab tu.. x payah tunggu technician smpai malam pun. siapkan je keje.. Akhirnya tamatla perjuangan thesis selama beberapa bulan.

Tiket balik malaysia dah beli.. yayyyyy
7th Desember dah boleh balik.. cuma balik sorang2... kwn2 lain x nk balik, dorang kata suka dok sini... nk cari awek jerman dulu le tuuuu huhu

Skrang dh nk masuk winter... setiap hari berharap untuk tengok snow trun.. nk buat mcm mana la kan. stahun kat jerman x nmpak snow langsung..tataw la aura apa ada dlm diri ni smpai snow x leh trun... sejuk ja... rasa sedih tu ada laa jugak...
Sebelum balik kena jumpa kawan2 lama dulu... My besti2 dr jerman.. mereka ibarat adik beradik di sini... Bila berjumpa mereka layan kita dengan baik.. siap jmput pegi rumah...walaupun mereka bukan islam, mereka hormat kita d rumah mereka dgn sediakan makanan halal sahaj dan sanggup mncari makanan halal untuk kami... kami pergi ke weihnachtsmarkt, minum2 kaffee n heisse schokolade.. yg pasti semua mereka belanja... siap dapat hadiah.. kenangan terindah jmpa kawan2 sprti mereka.



Semuanya kenangan indah bersama mereka.. Tq so so much hendrik, timmy, esra, the bayrams, alex, orudj, elif, christof, dominix, alex and all... you r all the best.

Alamakk!!! esok nk balik malaysia dah tapi snow x trun2..hari2 tunggu d tingkap kot2 ada yang trun tapi x trun juga... T_T
Nk tukar tarikh balik x boleh dah..huhu
Akhirnya ada yang sudi meneman ke kwsan berbukit demi mncari snow..tq kak iz n azri. Bertolak pukul 3 pagi semata2 nk ke situ. Setelah hmpir putus asa sbb x nmpak ais langsung... kami pun ambil keputusan naik bas.. Finally kami smpai d Winterberg... Woahhhhh serius happy... Putih kot semua frost... rasa cm masuk Narnia world. Subhanallah cantik.

X sangka hari terakhir aku d Jerman, dapat juga pegang ais n berada d kawasan berais.. huhu.. walaupun sekejap.. kami sampai di situu hehe
Perjalanan pulang dari Amsterdam ke malaysia ditemani kawan2 baik ke amsterdam... Keseokannya naik flight MH19 Amsterdam>>> Malaysia

8th Disember... tibalah aku dibumi malaysia tercinta pada hari lahir abahku.

Thank you